17 January 2011

Kg. Buang Sayang..Jom Jalan2!!!

korang pena dgar x nama kg ni..??korang tau x kt mana..??
haa..mesti korang xtau kn..
so..jom ikut aku jalan2..!!

sebenarnya kt sabah ni ada dua tempat yg bernama kg buang syg..1 kt daerah papar..1 lg kt daerah kota kinabatangan..
so..jgn konpius ye kwn2..cz kali ni aku nak crita tentang kg buang syg, kinabatangan..tmpat asal usul keluarga aku..n kt snila terletaknya kampung ksygn ku..;)


ok..jom kita belajar sedikit ttg sejarah kinabatangan..(klu xnak baca pn xpe..aku phm..sejarah sgt membosankan..hehehe)


Daerah Kinabatangan terletak di kawasan pantai timur Sabah, negeri di bawah bayu..Dengan keluasan lebih 600 ribu hektar, ia merupakan daerah terbesar di Malaysia menyamai keluasan negeri Pahang di Semenanjung Malaysia..Kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan laut timur dan barat silam menjadikannya singgahan kerajaan-kerajaan awal di Tanah Besar Asia..
Nama Kinabatangan sebenarnya berasal daripada perkataan suku kaum Sungai iaitu ‘Cina batangan’ yang bererti ‘sungai cina’..Ini kerana berdasarkan sejarah daerah Kinabatangan, seorang pengembara daripada kerabat maharaja China yang bernama Ong Sung Peng telah memulakan pengembaraannya bermula dari tanah besar China hingga ke laut Sulu dan seterusnya sampai ke kawasan kuala sungai Kinabatangan pada kurun ke-16..
Sungai Kinabatangan yang mengalir sepanjang 560 km merupakan sungai yang terpanjang di Sabah..
Sungai ini menjadi sumber rezeki utama suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas) iaitu merupakan suku kaum yang terbesar di daerah ini..
Mereka turut mengenali Kinabatangan sebagai ’Tawoi Marato’ yang bermaksud ‘sungai yang panjang’ dalam bahasa Idahan.
Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina)..
Lokasi Kinabatangan dapat dilihat seperti di Peta di bawah.



so skrg korg da tau kn kt mana kinabatangan ni..??tu mcm kt dlm peta tu la kn..besar kawasannya..
kinabatangan jg terbahagi kepada beberapa kawasan..antaranya bukit garam, sukau, bilit dan beberapa kwsn lg..kawasan2 dlm daerah kinabatangan bole dilihat spt peta kt bwh ni..


klu korg tgok kt atas tu..kg buang syg plak terletak di dalam kawasan 'pekan bukit garam'..bukit garam ni pn luas tau..di dlmnya jg ada terdapat beberapa buah kampung..so slh satu kg yg ada dlm tu,adalah kg ksygn aku ni..:)
kedudukan kg buang syg plak terletak di hujung bukit garam iaitu kg kedua sblum kg terahir iaitu kg pengkalan..kg pengkalan tu mmg pling hujung..cz slpas kg tu cuma ada sungai yg berarus deras..


skrg jom kt jelajah kg buang syg n rumah atok aku plak..welcome2..;)

ni la jln masuk ke kg. buang syg..signboard kg xde..tu cuma tulis 'jln buang syg'..

beginila keadaan jln raya kt dlm kg ni..jgn ttipu dgn gmbar kt atas..awal2 masuk je ada jln raya tar..pastu jln bbatu camni jg..

jeng3..ni la rumah my atok n nenek ksygn..ni pndgn depan..entry sblum ni cuma tnjuk pndgn tepi..

bginila keadaan kt dlm rumah atok..ni kt bhgian ruang tamu depan skali..

ha..ni la keadaan kt kg klu ada kenduri kendara..mmg sgt meriah..
mkn pn berhidang dalam talam..mkn beramai2..best kn..

ni kt ruang tgh rumah atok..luas jg kwsnnya..slalunya camnila keadaan klu ada kenduri..ruang ni akan dipenuhi oleh ibu2..macik2..

ni plak kt kwsn dapur..tmpat sediakan lauk2 dan hidangan..(aku tolong tgok je pn..hehehe)..

ha..yg ni la bhgian pling last kt rumah atok ni..tmpat chef2 ternama masak..hehehe..tp best kn..kumpul ramai2 camni..semua saling bekerjasama..

ni plak kwsn parking rumah atok..klu da ramai fmily bkumpul..mmg full la parking ni..so..sapa cpt dia dpt..klu x..pndai2 la cari parking sndiri..hehehe..(ni bru skit keta bkumpul ni..klu x..mmg penuh..) 

ni plak pemandangan depan dr rumah atok..atas bukit tu rumah mak long aku..dekat je ngan rumah atok kn..


da puas kt menjelajah kat rumah atok..jom kt jln2 tgok sungai kat kg ni plak..
sungai ni unjuran dr sungai kinabatangan yg panjang tu..

ni jln masuk ke pengkalan kg buang syg..agak berlumpur..silap2 keta bole sangkut kt sini..

bginila keadaan pengkalan kg ni..klu air x naik tggi..bole mandi manda kt sini..

ada korang nmpak buaya x..??hehehe..kt sini ada buaya tau..

atok tu bru blik dari merambat @ menjala ikan..

ni la antara hasil2 tgkapan nelayan kt kpg ni..diorang bawa ke pengkalan ni utk dijual..

atok tu sggah kt sini jual hasil tgkapan dia..

korang teka..ni ikan apa..??aku pn xtau apa nama komersil ikan ni..klu kt kg, org kg pggil ikan ni ikan kokok..

ha..ni nenek aku tgh siang ikan td tu..kitorg beli tuk mkn tghari..masak ampap (ala..yg berkunyit2 tu)..sgt sedap

dekat2 ngan pengkalan ni sbnarnya ada jambatan gantung..tp xsmpat nk ambik gmbar..nextyme kt jelajah lg ok..hehehe

pas dr pengkalan kg buang syg..kt pg kg pengkalan plak..kg pling hujung di bukit garam..kt sini sungainya agak deras..n mmg slalu berlaku banjir..

tyme ni mmg tgh banjir..tp air x la naik tggi sgt..

tmpat ni jadi tmpat singgahan utama bot2 n perahu2..

diorg siap buat statistik banjir lg kt kawasan ni..kreatif kn..ni diorg buat kt tiang rumah org je ni..

gitula serba sebanyak crita ttg kinabatangan n kg buang syg..
klu lain kali korang dtg sdkn ni nk mnta tolong aku bawakkan kt sni..no prob pnya..calling2 n kontek2 je aku tau..hehehe..mmg best..

o ya..lupa nk bgtau..klu rasa2 x tau jg kinabatangan ni kt mana..ala..ahli parlimen dia yg glamer tu..datuk bung mokhtar radin a.k.a husband zizie ezette..yg lantang bersuara kt dewan rakyat tu..ha..klu korg ingat dia..kompom korang akan ingat kinabatangan..hehehehe


p/s : kali ni byk subject aku ajar..sejarah..kajian tempatan..geografi..hahahahaha

♥ Trimas kerana sudi membaca..komen2 xde ker?? ;) ♥

9 comments:

  1. wah bestnye ada kampung..aku pernah merasa jalan batu2 kerikil tu..time nak pegi tip of borneo..cmtulah jln nye..adventurous sungguh!
    bape jauh kampung ni dari sandakan?

    ReplyDelete
  2. best mmg best..klu nk pg sini dlm 1 jam lebih je dr sdkn..so..klu smpat nnti aku bawak ko pg sni k..ble jmpa nenek n atok aku skali..hehehehe

    ReplyDelete
  3. yeay harap2 sempat la pegi boleh jumpa diorg mesti best ;)

    ReplyDelete
  4. kg buang sayang nie ada empat jalan...jalan keramat,jalan bukit cangkul,jalan pangkalan dan jalan bukit tinggi..

    ReplyDelete
  5. nice post. you not pure sabahan ka?

    ReplyDelete
  6. Jammin' Jars Casino: 10 free spins on 'Stay Tun' slot
    Jammin Jars Casino, 천안 출장샵 part of the well-known 경주 출장샵 Jardines Group, has brought back a number of its popular 목포 출장샵 slot 나주 출장샵 games from this 창원 출장마사지 online platform

    ReplyDelete